Assalamualaikum =)
Pasti ramai yang tertanya-tanya, dimana terletaknya Kampung Tepus ini. Sebenarnya Kampung Tepus ni bertempat di Dungun, Terengganu. Kedudukan kampung ni agak jauh daripada bandar. Bilangan penduduk kampung ini juga tidaklah begitu ramai. Hanya dalam lingkungan 300-400 orang sahaja. Ini disebabkan oleh penghijrahan generasi muda ke bandar untuk bekerja.
Selain itu, pasti ramai yang tidak mengetahui asal usul nama kampung ini. Pada zaman nenek moyang kita dahulu,para peneroka menyusuri sungai untuk mencari penempatan baharu mereka yang strategik. Ini disebabkan mereka perlu mencari tanah-tanah yang subur untuk menambahkan hasil tanaman. Jadi, mereka meneroka tanah-tanah baru di sepanjang sungai Dungun dan akhirnya mereka pun sampai ke kampung ini.Setelah mereka mendapati bahawa kampung ini sesuai untuk dijadikan penempatan baru, mereka menetap di sini dan menjadikan tanah ini sebagai sebuah kampung.

.. pokok tepuh...
Secara kebetulan, di sini terdapat banyak ' pokok tepuh '. Jadi para peneroka ini mengambil keputusan untuk menamakan kampung ini sempena nama pokok tersebut. Perubahan dari mulut ke mulut di sekitar kawasan ini menyebabkan 'tepuh' bertukar secara tidak sengaja menjadi 'tepus'. Untuk pengetahuan semua, pokok tepuh ini lebih kurang sama bentuknya dengan pokok bunga kantan. Perbezaanya hanyalah pada bunganya sahaja.
Pada zaman penjajahan Jepun dahulu, pihak British menjadikan kampung ini sebagai satu kem untuk menempatkan semua penduduk di sekitar kampung untuk mengelakkan serangan. Ini merupakan satu kelebihan yang ada pada kampung Tepus pada masa itu.
Jika orang-orang Jawa masih lagi mengamalkan sifat bekerjasama dan bergotong royong dalam melakukan sesuatu aktiviti, begitu juga dengan kampung ini. Kenduri-kendara akan dilakukan secara bergotong-royong. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti lain. Pendek kata, mana-mana penduduk di sini yang ingin mengadakan kenduri kahwin tidak pelu menghabiskan duit untuk mengupah catering seperti di sesetengah kawasan lain terutama di bandar.
Setakat ini sahaja untuk coretan kali ini. InsyaAllah selepas ini, kami akan berkongsi segala program yang diadakan di kampung ini. Illa liqa' =)
No comments:
Post a Comment